Benar. CINTA.kadang2 amat mengasyikkan..Allahu Rabbi..lebih2 lagi cinta dari seorang yang tidak halal buat diriku ini..aku menganggap dia tidak seperti lelaki lain.aku menafikan pada semua orang termasuk dirinya bahawa kami hanyalah berkawan sahaja.tidak lebih dari itu.tetapi dalam diam,aku turut hanyut dalam cinta itu..sering kali aku memujuk hati ini bahawa dialah lelaki yang mampu menjadi imamku kelak..dialah lelaki yang mampu menjaga,memliharaku tatkala aku tidak mampu menghadapi segala macam pentas dunia ini..
Kerana terlalu mempercayainya,kami sudah berani keluar berdua-duan. Subhanallah, betapa hinanya aku di sisi Allah pada waktu itu..sememangnya meskipun kami keluar berdua, tapak tangan ku ini tidak pernah ku lepaskan ke atas tangannya..aku telah pelihara sebaik mungkin.aku masih mampu lagi mempertahankan maruahku..tetapi ku rasakan diriku sama seperti perempuan lain pada ketika itu.. di manakah aku letakkan harga diri ku ...bukankah seorang itu perempuan harganya sangat mahal..
Lantas aku tersedar diriku telah terlibat dalam kancah cinta palsu..NA'am.cinta palsu.sememangnya kami tidak pernah bersentuhan..tetapi, secara tidak lansung aku telah melakukan zina hati..merindui orang yang tidak halal bagiku.. Aku berteleku mengingatkan dosa-dosa semalam.. Rentetan terlalu obses dalam mengejar syurga dunia, aku terhanyut dek arus kealpaan yang telah menggelapkan hatiku..aku malu pda-Mu..betapa kerdilnya diri ini..
Aku mengambil tindakan memutuskan hubungan kami secara mendadak..aku tahu itu sulit.semestinya dia tidak berpuas hati..aku nekad.. kerana aku tahu Engkau sentiasa ada untukku.. alhamdulillah.perpisahan yang aku minta ini tidak merugikan aku, sebaliknya terbukti jangkaan ku. dia yang selama ini aku letakkan sebagai seorang lelaki yang istimewa, yang tidak sama dengan lelaki lain, meleset..sangkaanku, perpisahan ini akan membuatkan kami lebih mengenali erti cinta sejati serta membersihkan hati..tetapi,.sekejapan sahaja dia sudah ada pengganti..
Zamzarina..sampai bila pun, insyaAllah, aku tidak akan lupakan nama itu.. insan yang banyak meyedarkan diriku tentang cinta yang hakiki..insan yang banya mendekatkan diri ku kepada-Mu..dalam diam, aku mengagumi keperibadiannya..ingin sekali aku mencontohi dia.. seringkali dia kerap menyuruhku istikharah..tahajud..terima kasih akak.. kerana menbawaku keluar bergelumang dengan dosa.Terima kasih Ya Allah ke atas keagungan cinta yang Kau curahkan pada hati ini.
Biarkan ku kehilangan cinta yang tak halal bagiku,tapi aku mendapat yang jauh lebih indah..maafkan aku. cinta mu tidaklah semahal harga diriku...
Yang berosa,
H.A.M.B.A.M.U
18 December 2011 (3.55 am) (repost)